Gantung operasi, Save the Children komited terus bantu kanak-kanak Afghanistan

0
54
Advertisement
DAVOS: Save the Children akan terus komited membantu kanak-kanak di Afghanistan meskipun operasi organisasi itu digantung susulan serangan pada Rabu, jelas Ketua Eksekutifnya, Helle Thorning-Schmidt.

Menyifatkan serangan itu sangat mengerikan, Thorning-Schmidt menekankan serangan terhadap pekerja sukarelawan amat tidak boleh diterima.

“Mereka ini cuba membantu kanak-kanak yang paling miskin dan dipinggirkan di dunia ini. Mereka cuba memberikan perkhidmatan kesihatan, pendidikan, perlindungan dan pemakanan kepada kanak-kanak.

“Mengapa mereka harus diserang? Kami sangat sedih dan ini tidak sepatutnya berlaku kepada pekerja bantuan,” ujarnya ketika ditemui pada persidangan Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos.

Thorning-Schmidt, yang merupakan bekas Perdana Menteri Denmark, berada di Davos untuk berucap pada sesi Forum Ekonomi Dunia (WEF), namun terpaksa membatalkan rancangannya susulan serangan itu.

Pejabat Save the Chikdren di Jalalabad diserang militan Daish, menyaksikan lima terbunuh. Foto: AP

Serangan juga mencederakan 25 yang lain, dan turut memaksa pejabat NGO itu digantung operasinya. Foto: AP

Serangan turut menyaksikan pertempuran antara polis dan militan Daish berlangsung selama 10 jam. Foto: AP

Pada Rabu, militan menyerbu masuk pejabat Save the Children di timur Afghanistan, membunuh lima orang dan mencetuskan tembak-menembak dengan polis yang berlangsung hampir 10 jam.

Sementara 25 yang lain dilaporkan mengalami kecederaan.

BACA: Serangan di pejabat Save The Children, lima terbunuh

Militan Daish mengaku bertanggungjawab melancarkan serangan di Jalalabad, ibu kota wilayah Nangarhar.
Antara yang terbunuh ialah tiga pekerja NGO, kata Thorning-Schmidt.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here