Gaun nikah seksi? Cuba tengok betul-betul – Nita Hamzah

0
69
Advertisement
KECOH di media sosial usai majlis pernikahan bintang Malaysian Idol 2, Nita Hamzah apabila busana yang dipakainya terlalu seksi hingga menampakkan lurah dada.

Kecaman tidak berasas netizen itu menyebabkan Nita bertindak memuat naik beberapa keping foto close up baju hasil pereka fesyen popular Calvin Thoo itu.

“Beautiful dress from Calvin Thoo. Think before you say anything,” tulis Nita di Instagramnya semalam.

Terbukti bahawa baju rekaan Calvin itu dibuat berlapik kain jenis lembut yang mirip warna kulit pemakainya.

BACA: Pelbagai onak dan ranjau dilalui, Nita kini milik Fareez

Nita didakwa netizen memakai baju yang terlalu seksi dan jarang terutama pada bahagian bahu hingga dadanya.

Penyanyi itu juga memuat naik entri daripada sebuah blog yang menyifatkan tindakan Nita menyarung busana berkenaan memalukan.

Bagaimanapun, Nita menerusi kenyataan kepada sebuah portal online memberitahu baju yang berbelah di bahagian tengah dada itu berlapik dan menyamai warna kulitnya.

Apapun, jom layan gambar-gambar menarik sekitar majlis pernikahan Nita dan pasangannya, Mohd Fareez Shamsul Bahari pada Ahad lalu.

-Foto Astro Gempak

-Foto Nita Hamzah

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here