Gegar cari penyampai radio baharu untuk pikat pendengar

0
54
Advertisement

KOTA BHARU : THR  Gegar atau kini dikenali Gegar Alaf 2018 membuka peluang penyampai yang berbakat dari pantai timur untuk menjadi  penyampai di stesen radio berkenaan.

Menurut Pengurus Kandungan Gegar, Raja Nadia Salwana Raja Hisham, pihaknya membuka peluang mereka yang berbakat  khususnya dari  Kelantan menampilkan bakat sebagai penyampai yang  kreatif.

Katanya ramai bakat dari pantai timur yang sering kali membuat parodi atau ”LIVE FB”  berjaya menarik perhatian dengan identiti mereka tersendiri.

“Bermula minggu depan kita dah buka permohonan  geng baru,  Gegar nak cari penyampai baru sepenuh masa. Cumanya kita akan bagi masa,  kita akan pilih 30 terbaik datang ke KL  buat temuduga dan kita akan ambil lima terbaik dan mereka akan teruskan buat apa yang penyampai buat. Kita nak muka baru dan pembaharuan dalam Gegar”, kata Raja Nadia.

Melalui hashtag  #GENGTHRGEGAR# , jelajah mencari bakat baru ini akan bermula dari 11 hingga 28 Februari depan dengan Kelantan menjadi lokasi  pertama untuk program ini.

Majlis pelancaran Gegar 2018 mencari bakat baru berlangsung di  di G Orange Kota Bharu, Kelantan pada Sabtu dihadiri  beberapa artis dari pantai timur, antaranya Eddie Hamid, Roy Kapila, Z.Zamri, serta artis parodi Along atau Mok Yan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here