Gelandangan nyaris digilis lori sampah

0
12

PHILADELPHIA: Seorang lelaki gelandangan yang tidur dalam tong sampah berjaya diselamatkan pihak bomba Philadelphia daripada digilis lori sampah.

Lelaki berkenaan tidur dalam sebuah tong sampah besar sebelum lori sampah memunggahnya dengan menggunakan mesin untuk memadatkan sampah berkenaan.

Pihak bomba mengambil masa 2 jam untuk mengeluarkan lelaki berkenaan.

Dia kemudian dikejarkan ke hospital Temple Universiti untuk mendapatkan rawatan dan dikatakan berada dalam keadaan kritikal.

Lelaki itu ditemui di dalam lori sampah berkenaan sekitar pukul 6 pagi tetapi tidak jelas bagaimana dia ditemui.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here