Gelanggang Sukan Asia hampir sedia

0
220
Advertisement



JAKARTA: Gelanggang Sukan Asia akan siap sebelum Indonesia menjadi tuan rumah temasya itu dalam tempoh sebulan, menurut penganjur, namun ancaman keganasan dan kesesakan trafik masih membayangi acara dilabelkan Olimpik serantau itu.

Ribuan pekerja bertugas siang malam bagi menyiapkan bangunan, membesarkan jalan raya dan menanam pokok untuk mencantikkan Jakarta.

Perkampungan atlet tampak sudah bersedia, namun bagi sebahagian atlet mungkin perlu menutup hidung – ia berada dekat dengan kawasan toksik, sungai yang berbau.

Jakarta dan Palembang di Sumatera dijangka akan menjadi tuan rumah kira-kira 11,000 atlet dan 5,000 pegawai dari 45 negara Asia dari 18 Ogos hingga 2 September depan, temasya pelbagai acara kedua terbesar dunia selepas Olimpik.

Selain kompleks skuasy yang belum siap, semua gelanggang lain tampak sudah siap.

Stadium Gelora Bung Karno, yang digunakan ketika kali terakhir Indonesia menganjurkan acara itu pada 1962, sudah mengalami baik pulih besar dengan nilai 30 trilion Rupiah (RM563 juta) bagi temasya itu.

“Saya rasa semua gelanggang, daripada apa yang saya lihat… 95 peratus sepatutnya siap hujung bulan ini,” kata ketua penganjur Erick Thohir, usahawan media yang juga pengerusi kelab bola sepak Inter Milan, minggu lalu.

Indonesia bermula lebih lambat berbanding negara lain. Mereka bersetuju menganjurkan temasya itu apabila Vietnam menarik diri, menimbulkan kebimbangan mengenai persiapan dan bebanan kewangan.

Kemudian Jakarta menganjakkan persiapan temasya itu lebih setahun ke 2018 bagi mengelak pertembungan dengan pilihan raya kebangsaan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here