"Gelaran Datuk hanya bonus"- Hisyam Hamid

0
188
Advertisement

PELAKON Hisyam Hamid melahirkan rasa bangga terhadap rakan-rakan dari negeri kelahirannya Singapura iaitu Datuk Aaron Aziz dan Datuk Adi Putra yang telah menerima darjah kebesaran, baru-baru ini.

Hisyam Hamid berpendapat gelaran Datuk itu memang layak diberikan kepada mereka atas hasil usaha pelakon tersebut dalam kegiatan seni dan kerja amal yang dilakukan.

“Kalau tanya saya, mereka memang layak menerimanya. 

“Bukan sahaja atas pencapaian mereka dalam bidang seni tetapi juga kegiatan amal yang mereka lakukan.

“Orang luar mungkin tidak nampak atau tahu mengenai kerja amal itu, jadi tak perlu hendak mempertikaikannya,” katanya kepada Astro Gempak.

Pun begitu, Hisyam percaya pembabitan mereka dalam industri seni bukan untuk mendapatkan penghargaan itu semata-mata.

“Saya pula belum terlintas untuk terfikir mendapat gelaran tersebut. Perjalanan saya masih jauh.

“Bagi saya gelaran Datuk itu hanya bonus.

“Itu rezeki mereka dan saya sebagai kawan turut berbangga dan akan terus menyokong perjuangan teman industri,” katanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Hisyam bakal muncul dalam supertelemovie Do[s]a  yang turut membariskan  pelakon-pelakon seperti Datuk M.Nasir, Asharaf Sinclair, Remy Ishak dan Shenty Feliziana.

Do[s]a ditayangkan di platform digital ‘on demand’ dan Astro GO serentak dengan tayangan di televisyen menerusi Astro First (saluran 480) serta platform NJOI mulai 14 Februari ini.

Teks oleh: Syafiqah Jalal

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here