Gempa 5.5 magnitud landa Filipina

0
75


MANILA: Satu gempa bumi 5.5 magnitud melanda barat laut ibu kota ini di Zambales, pulau utama Luzon, hari ini.

Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (PHIVOLCS) berkata di Twitter, gempa itu tidak mendatangkan sebarang kerosakan besar namun menjangka berlaku gegaran susulan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa itu direkodkan pada magnitud 5.3 dengan kedalaman 93 kilometer.

Saksi memaklumkan, gegaran dirasai selama 20 saat dan menyebabkan bangunan tinggi bergegar seketika. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here