Gempa 5.9 magnitud di Leyte, Filipina

0
44


– Gambar hiasan

MANILA: Gempa bumi 5.9 magnitud menggegarkan pulau Leyte di tengah Filipina hari ini, namun tiada kerosakan atau kecederaan dilaporkan.

Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa sederhana kuat itu melanda kawasan berhampiran Ormoc, sebuah bandar yang mempunyai kira-kira 200,000 penduduk.

Ia berlaku jam 9.41 pagi (waktu tempatan) pada kedalaman 12.7 kilometer.

Pada Khamis lalu, gempa 6.5 magnitud di kepulauan itu mengorbankan dua mangsa serta menyebabkan 72 lagi cedera.

Ketika ini, keseluruhan kepulauan Leyte yang didiami kira-kira 1.75 juta penduduk dan beberapa bahagian di Filipina masih terputus bekalan elektrik akibat kerosakan pada loji jana kuasa di sini. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here