Gempa 6.4 magnitud landa PNG

0
14


SYDNEY: Satu gempa bumi berukuran 6.4 magnitud menggegarkan Papua New Guinea (PNG) hari ini, kata pihak berkuasa namun tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku pada kedalaman 46 kilometer berhampiran rantau tidak ramai penduduk di New Ireland, terletak 110 kilometer di tenggara bandar Kokopo.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berpusat di Hawaii menolak berlaku tsunami manakala Geoscience Australia menganggarkan sebarang kerosakan hanya berlaku dalam lingkungan 49 kilometer.

Gempa bumi adalah pemandangan biasa berhampiran PNG, yang terletak di atas plet Pasifik Australia sepanjang 4,000 kilometer. -AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here