Gempa bumi 5.8 magnitud gegar Filipina

0
34

MANILA: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda kepulauan Mindanao di Filipina pagi Sabtu, kata United States Geological Survey (USGS).

Pusat gegaran gempa dikesan terletak 21 batu (34 km) di timur bandar General Santos yang dihuni hampir 600,000 penduduk.

USGS berkata kesan gempa itu dapat dirasai sehingga 46.2 batu (74 km) tetapi agensi gempa Eropah (EMSC) meletakkannya hanya dalam jarak 10 kilometer.

Gegaran pada pukul 8:30 pagi Sabtu ini pada awalnya dilaporkan pada kekuatan 6.0 magnitud.

Gempa bumi 5.8 magnitud dianggap sederhana dan mampu menyebabkan kerosakan yang besar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here