Gempa bumi 6.5 landa Jakarta Selatan

0
56
Advertisement

JAKARTA: Gempa bumi dengan kekuatan 6.5 skala Richter telah menggegarkan Jakarta Selatan, Indonesia hari ini, CNN Indonesia melaporkan.

Gegaran selama 40 saat itu dirasai di Gedung Transmedia, Jalan Tendean, menyebabkan orang ramai yang berada di gedung berkenaan bertindak keluar untuk menyelamatkan diri.

Walau bagaimanapun tiada kerosakan mahupun kehilangan nyawa dilaporkan susulan gegaran berkenaan.

Menurut laporan Detik News, tiada amaran tsunami di sekitar Banten meskipun pusat gegaran itu berada 10 kilometer dari permukaan laut.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here