Gempa bumi 6.8 magnitud gegar Filipina

0
78


GEMPA bumi berukuran 6.8 berlaku kira-kira 57 kilometer ke barat daya Sarangani. – Foto USGS

MANILA: Gempa bumi kuat berukuran 6.8 menggegarkan pantai kepulauan Mindanao di Filipina hari ini, kata agensi gempa bumi negara itu.

Berikutan itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik memberi amaran negara itu berkemungkinan dilanda tsunami sejauh ke Indonesia.

Institut Gunung Berapi dan Gempa Bumi Filipina berkata, gempa bumi berlaku kira-kira 57 kilometer ke barat daya Sarangani.

Ia dapat dirasakan di sebahagian besar Mindanao, pulau terbesar di selatan negara.

Tiada laporan awal mengenai kerosakan atau kematian.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, tsunami boleh berlaku 300 kilometer dari pusat gegaran.

Ketua agensi gempa bumi Filipina, Renato Solidum, berkata tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada keperluan memindahkan penduduk di kawasan terjejas.

Namun agensi itu mengeluarkan nasihat kepada penduduk mengenai penurunan paras laut, ombak besar dan tidak menghampiri pantai.

Pegawai pelancongan di Taman Marin Tuka di Sarangani, Janet Bongolan, berkata penduduk berlari keluar dari rumah masing-masing dan berkumpul di jalan raya ketika gempa bumi, tetapi kebanyakannya kembali dan tiada petunjuk mereka panik. – Reuters

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here