Gempa Iraq, Iran: Lebih 100 terbunuh, ratusan lagi cedera

0
17

BAGHDAD/ERBIL: Lebih 100 orang terbunuh, manakala ratusan lagi cedera di barat Iran apabila gempa 7.2 magnitud menggegarkan sempadan negara itu dengan Iraq lewat Ahad.

Stesen televisyen Iran melaporkan gempa menjejaskan sekurang-kurangnya 14 wilayah.

Reuters dalam laporannya meletakkan angka korban sekurang-kurangnya 129 orang.

Sebahagian besar mangsa merupakan penduduk bandar Sarpol E Zahab, yang terletak 15 kilometer dari sempadan.

Menurut laporan awal, sekurang-kurangnya lapan perkampungan musnah.

Jabatan Geologikal Amerika Syarikat mengesahkan gempa berpusat 32 kilometer ke bandar Halabja.

Ia turut mengeluarkan amaran peringkat jingga.

Iran terdedah kepada gempa setiap hari berdasarkan kedudukan geografinya.

Pada 2003, gempa 6.6 magnitud memusnahkan bandar bersejarah dan mengorbankan 26,000 nyawa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here