George Clooney mahu bertindak ke atas majalah sebar gambar bayi kembarnya

0
23

LOS ANGELES: Pelakon antarabangsa, George Clooney berikrar akan melakukan apa sahaja demi mengheret sebuah penerbitan Perancis ke muka pengadilan.

Ia berikutan tindakan majalah bernama Voici itu menyiarkan beberapa keping foto anak kembarnya tanpa izin.

Menurut bintang Ocean’s Eleven itu, jurugambar dari majalah berkenaan ‘memanjat pagar dan pokok dan mengambil gambar bayi-bayi kami di dalam rumah’.

Dalam satu kenyataan, Clooney berkata, jurugambar dan sidang pengarang majalah itu akan didakwa tanpa belas kasihan demi keselamatan anak-anaknya.

Clooney dan isterinya, Amal, mengumumkan kelahiran bayi kembar mereka yang dinamakan Alexander dan Ella, pada Jun, tetapi tidak mengedarkan gambar mereka untuk tatapan umum.

Voici pada Jumaat menerbitkan gambar Amal dan Clooney, berpakaian renang, sambil mendukung bayi-bayi mereka. Gambar itu dikatakan diambil di vila mereka di Lake Como, Itali.

Majalah berkenaan belum memberi sebarang respons tentang kenyataan Clooney itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here