Ghana hampir buat Iceland cair

0
45
Advertisement



REYKJAVIK: Iceland dilihat hampir menamatkan persiapan Piala Dunia mereka dengan bergaya namun jaringan penyamaan babak akhir daripada Thomas Partey menyebabkan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri 2-2 berdepan Ghana pada aksi pemanas badan terakhir di Reykjavik, awal pagi tadi.

Dikenali dengan permainan fizikal dan kehebatan ‘set-piece’, tuan rumah memberi bayangan kemampuan mereka di Russia pada minit keenam apabila pertahanan Kari Arnasson menanduk masuk susulan sepakan sudut untuk meletakkan mereka di depan.

Iceland menggandakan jaringan sebelum tamat babak pertama apabila Alfred Finnbogason memanfaatkan peluang selepas tidak diawasi susulan serangan hebat yang berakhir dengan rembatan Gylfi Sigurdsson ditumbuk ke arahnya oleh penjaga gol Ghana, Lawrence Ati-Zigi.

Iceland menghabiskan babak kedua menahan asakan bertubi-tubi Ghana yang gagal layak ke Russia, sebelum Kasim Nuhu merapatkan jurang pada minit ke-66 dan Partey menyamakan kedudukan tiga minit sebelum tamat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Jun 2018 @ 9:16 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here