Ghezzal bersama Leicester

0
278
Advertisement



LEICESTER City akhirnya mencapai kata sepakat bersama AS Monaco apabila berjaya mendapatkan tandatangan pemain sayap Rachid Ghezzal dengan kontrak empat tahun sekalipun tidak mendedahkan nilai perpindahan itu, umum kelab Liga Perdana Inggeris itu, semalam.

Gaya permainan tonggak berusia 26 tahun itu sering dibandingkan dengan pemain sayap Algeria, Riyad Mahrez yang meninggalkan Leicester untuk menyertai Manchester City bulan lalu.

Ghezzal akan bersama semula dengan bekas pengurus Olimpik Lyon, Claude Puel yang pernah mendidiknya ketika berada di akademi kelab Ligue 1 itu.

Dia muncul pemain kelima yang dibawa masuk selepas Jonny Evans, James Maddison, Ricardo Pereira dan Danny Ward.

Walaupun nilai sebenar bekas tonggak Monaco itu tidak didedahkan, namun media tempatan menganggarkan nilai Ghezzal sekitar £10 juta (RM53 juta).

Untuk rekod, dia membuat penampilan sulung bersama Algeria pada Mac 2015 dan beraksi sebanyak 13 kali selain memainkan peranan penting ketika membantu pasukan layak ke Piala Negara Afrika 2017.

“Kehadirannya dapat memberi banyak pilihan kepada kelab khususnya kreativiti di bahagian sayap dan tengah,” kata jurulatih pasukan, Puel kepada Leicester City TV.

“Saya tahu kualiti dimilikinya ketika di Lyon dan saya harap dia dapat melakukan yang terbaik bersama kami.”

Sementara itu, Ghezzal yang menjaringkan 14 gol dalam 110 aksi untuk Lyon mengakui sudah tidak sabar turun membantu pasukan baharunya itu.

“Ia kelab terbaik yang mempunyai visi serta cita-cita tinggi dalam setiap pertandingan disertai.

“Leicester City mempunyai ramai pemain hebat dan saya harap kami akan mengharungi musim yang hebat.”

Foxes dijadual bertemu Manchester United awal pagi Sabtu ini dan dijangka mengisi tempat dalam kesebelasan utama bagi perlawanan pertama musim ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here