Glik 'lolos' ke Russia

0
201
Advertisement



PERTAHANAN Poland, Kamil Glik mendapat pelepasan kelabnya, Monaco untuk beraksi di Piala Dunia selepas melalui proses pemulihan luar biasa daripada kecederaan ligamen bahu.

Presiden Persekutuan Bolasepak Poland (PZPN), Zbigniew Boniek minggu lalu berkata, Glik tiada peluang untuk beraksi pada Piala Dunia 2018 di Russia selepas mengalami kecederaan itu ketika sesi latihan.

Bahkan, Doktor pasukan, Jacek Jaroszewski menegaskan Glik kemungkinan besar perlu menjalani proses pembedahan.

Bagaimanapun pertahanan berusia 30 tahun itu yang pakar melakukan set piece serta mempunyai sifat kepimpinan cemerlang di atas padang, diberi lampu hijau untuk menyertai skuad Poland selepas menjalani ujian kesihatan penuh di Monaco.

“Selepas ujian hari ini (Isnin) dan mengambil kira perkembangan semasa, Monaco membenarkan Kamil Glik untuk menyertai semula skuad Piala Dunia Perancis,” kata Monaco menerusi satu kenyataan.

Kapten Poland, Robert Lewandowski minggu lalu menegaskan kepentingan di benteng pertahanan.

“Dia adalah tulang belakang pasukan di barisan pertahanan,” kata Lewandowski.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here