Gol sendiri Cissokho malukan Angers

0
61



Paris: Issa Cissokho tertanduk bola ke gawang sendiri pada saat akhir untuk memberikan Paris Saint-Germain kemenangan 1-0 ke atas Angers pada final Piala Perancis di Stade de France, kelmarin.

Perlawanan di stadium kebangsaan Perancis itu dijangka berlanjutan ke masa tambahan yang mana ia turut dihadiri Presiden Perancis Emmanuel Macron apabila Cissokho tertanduk bola sepakan sudut Angel Di Maria melepasi penjaga golnya dengan tekanan Blaise Matuidi di bahagian gawang.

Ia kekalahan memalukan buat Angers ketika PSG menamatkan musim mengecewakan dengan menjulang Piala Perancis buat kali ketiga-berturut-turut dan ke-11 keseluruhan dalam edisi ke-100 kejohanan itu.

“Tuah memihak kami malam ini,” kata pertahanan PSG Serge Aurier. “Gelaran ini amat penting kerana pencapaian kami tidak begitu baik musim ini tapi kami bernasib baik menjuarai gelaran.

“Ia akan berada di kabinet trofi, justeru ia sesuatu yang menakjubkan.”

Trofi itu tambahan kepada Piala Liga yang dimiliki PSG musim ini yang dianggap saguhati buat pasukan ibu negara Perancis itu untuk musim yang diingati dengan pelbagai kegagalan. – AFP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 29 Mei 2017 @ 12:53 PM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here