Golf beralih pistol [METROTV]

0
45



Subang Jaya: Di sebalik keayuan dan kelembutan seorang wanita, dia tangkas, pantas membidik tepat ke sasaran dan mahir dalam mengendalikan senjata api.

Sesiapa yang melihatnya ‘bermain’ senjata api pasti kagum dan kerana keistimewaannya itu, tidak hairan pada usia 18 tahun namanya tersenarai di kedudukan keenam penembak tepat wanita Malaysia dalam International Practical Shooting Confederation (IPSC).

Nurul Fatihah Muhammad Zubairy atau mesra disapa Teeha berkata, dia mula menceburi sukan menembak sejak berusia 15 tahun lagi.

“Saya ikut ayah ke latihan menembak dan nampak menarik.

“Selepas itu saya bertukar minat daripada bermain golf kepada aktiviti menembak,” kata anak sulung daripada empat beradik ini.

Menurutnya, dia tidak menyangka hobinya kini bertukar menjadi karier.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here