Gosip dengan G-Dragon: Kami berdua bukan bercinta pun – Dara

0
257
Advertisement

BEKAS anggota kumpulan 2NE1, Dara menafikan dakwaan bercinta dengan ketua kumpulan Big Bang, G-Dragon.
 
Dara atau nama sebenarnya Sandara Park menjelaskan perkara tersebut ketika sesi temu bual di Filipina, baru-baru ini.
 
“Saya tak faham betul kenapa masih ramai yang menganggap kami berdua bercinta.
 
“Kami sememangnya sangat rapat dan sudah anggap sebagai keluarga sendiri, jadi memang tidak ada hubungan istimewa pun,” jelasnya seperti yang dilapor Koreaboo.
 
Gosip percintaan mereka semakin hangat diperkatakan apabila Dara hadir mengadakan persembahan untuk konsert jelajah ‘G-DRAGON 2017 WORLD TOUR ACT III, M.O.T.T.E’ di Malaysia dan Filipina baru-baru ini.
 
Dara dan G-Dragon juga turut mempunyai hashtag #Daragon yang dibuat khas oleh peminat sebagai tanda restu dan mendoakan agar pasangan ini benar-benar bercinta.
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here