Gotong-royong kacau dodol

[ad_1]

Melaka: Kira-kira 50 kepimpinan cawangan UMNO dan belia Batang Tiga Barat, Klebang, dekat sini, menjayakan program gotong royong mengacau dodol di perkarangan balai raya di situ, kelmarin.

Ketuanya Datuk Isnin Aman berkata, sebanyak empat kawah dodol berjaya dihasilkan untuk program itu.

“Alhamdulillah, program yang saban tahun diadakan ini bertujuan melahirkan semangat gotong royong dalam kalangan kepimpinan UMNO dan belia di kampung ini.

“Di samping itu, dodol kuih tradisi mesti diwar-warkan sentiasa dalam kalangan golongan belia,” katanya.

Beliau berkata, dodol yang dimasak itu akan diedarkan kepada penduduk setempat.

Katanya, kos keseluruhan program itu ialah RM1,000 saja.

[ad_2]

Leave a Comment