Grab adakan program 'Tenkiu Fa Cai' hargai jasa pemandu

0
78
Advertisement

JOHOR BAHRU: Penyedia perkhidmatan pengangkutan e-panggilan, Grab akan mengadakan program ‘Tenkiu Fa Cai’ bagi menghargai jasa pemandu perkhidmatan berkenaan yang bertungkus lumus menjadikan syarikat itu sebagai pilihan pertama dalam industri pengangkutan e-panggilan.

Ketua GrabCar dan GrabTaxi Luar Lembah Klang, Justin Tiew berkata program itu adalah julung kali diadakan dalam meraikan sambutan Tahun Baharu Cina bersama pemandu yang menjadi tulang belakang kepada syarikat berkenaan.

“Antara pengisian program adalah Rumah Terbuka Grab dikhususkan kepada pemandu dan keluarga mereka serta pemberian ganjaran kepada pemandu melalui GrabRewards, dengan pelanggan boleh memberi tip RM3 kepada pemandu mereka menggunakan mata GrabRewards bermula 9 Feb hingga 1 Mac ini.

“Kita juga akan mengadakan program Pelanggan Misteri di mana kakitangan Grab akan memberi kejutan kepada pemandu Grab dengan hadiah dan video ucapan perayaan sambutan Tahun Baharu Cina,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Grab Johor, di sini, pada Khamis.

Justin berkata Grab juga akan mengadakan penyampaian Anugerah Hero Tidak Didendang kepada pemandu yang mempunyai prestasi cemerlang sepanjang 2017.

“Antara kategori dipertandingkan adalah anugerah ‘Go Beyond’ kepada pemandu yang melakukan lebih daripada perkhidmatan sekadar memandu, selain anugerah ‘Rising Star’, ‘Lifetime’ dan ‘Most Valuable Driver’,” katanya.

Program tersebut akan bermula di Lembah Klang, sebelum ke Johor Bahru pada 24 Feb dan diikuti Melaka, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

Dalam pada itu, pemandu Grab, Muhammad Faris Aziz, 30, berkata program itu merupakan program yang baik dalam mengiktiraf kepentingan peranan pemandu seperti dirinya dalam syarikat berkenaan.

“Ia satu program yang bagus sebab bukan selalu dapat jumpa syarikat memberi penghargaan kepada pekerja sepertimana dilakukan Grab.

“Saya mula menjadi pemandu Grab sepenuh masa pada 2016. Alhamdulillah, ia memberi saya pulangan yang baik dan mempunyai masa yang banyak bersama keluarga,” katanya.

Tey Du Heng, 37, pula berkata bekerja sebagai pemandu Grab memberi kebebasan untuk memilih waktu kerja sendiri berbanding pekerjaannya sebelum ini sebagai penyelia kawasan pembinaan.

“Saya mampu meraih pendapatan lebih sekiranya memandu selama 12 jam jika dibandingkan dengan bekerja selama 12 jam. Waktu memandu juga mengikut keselesaan kita dan masa kita, jadi saya mempunyai masa menghantar anak ke sekolah dan menghabiskan masa bersama keluarga.

“Saya memandu pada purata lapan hingga 12 jam sehari di sekitar kawasan bandar terutamanya di Kompleks Pemeriksaan Kastam dan Imigresen Johor Bahru kerana kebanyakan pelanggan berada di sana,” katanya. — Bernama

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here