Graduan luar negara lebih berjaya sebagai usahawan start-up?

0
16
KUALA LUMPUR: Benarkah lebih ramai graduan luar negara berjaya sebagai pengasas syarikat start-up atau syarikat pemula tempatan, berbanding graduan tempatan?

Hasil kajian iprice yang terbaharu mendedahkan 64 pengasas start-up adalah graduan luar negara, termasuk 14 graduan pengajian peringkat Sarjana (Masters) dan lapan graduan pengajian MBA atau PhD.

Ia berbanding hanya tujuh graduan tempatan yang direkodkan dalam kajian berkenaan.

Universiti Oxford, Universiti Melbourne dan London School of Economics and Political Science (LSE) diletakkan sebagai antara institusi utama yang melahirkan pengasas start-up tempatan.

Turut disebut dalam kajian berkenaan ialah beberapa universiti lain dari United Kingdom dan Australia.

Tiada universiti tempatan lain yang disebut di dalam kajian terbabit, kecuali Kolej Universiti HELP.

Rata-rata responden juga belajar dalam bidang Kewangan, Perniagaan dan Sains Perkomputeran.

Kajian ini melibatkan tinjauan dengan 500 start-up tempatan.

Infografik oleh iprice

Sementara itu, Exco Pemuda UMNO Shahril Hamdan yang percaya tinjauan berkenaan tidak mengambarkan kemampuan graduan tempatan dalam bidang keusahawanan.

Beliau yang memperoleh ijazah pertama dari Universiti Manchester dan ijazah Sarjana dari LSE bagaimanapun percaya pengalaman yang ditimba pelajar-pelajar di luar negara memberikan kelebihan tertentu berbanding graduan tempatan.

“Hidup di luar negara mendedahkan kita dengan pelbagai manusia daripada pelbagai negara dan latar belakang yang sedikit sebanyak membuka pemikiran kita. Ia sekaligus meluaskan jaringan kenalan yang secara tidak langsung memberi manfaat kepada kerjaya dan perniagaan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.

Beliau yakin graduan tempatan juga mempunyai kelebihan sendiri apatah lagi mampu melihat lanskap perniagaan tempatan dari awal pengajian.

Apa yang penting katanya adalah komitmen, disiplin dan keupayaan usahawan start-up tersebut, bukannya universiti mana yang mereka belajar.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here