Green sertai The Blues

0
247
Advertisement



CHELSEA mengumumkan sudah menandatangani penjaga gol England, Robert Green dengan kontrak setahun sebagai pelan sokongan terhadap Thibaut Courtois dan Willy Caballero.

Pemain berusia 38 tahun itu tidak terikat dengan mana-mana kontrak selepas meninggalkan Huddersfield pada penghujung musim lalu.

Green yang mempunyai 12 penampilan bersama England pada 2005 hingga 2012 beraksi di Piala Dunia 2010.

Penampilannya di Chelsea adalah tahun ke-20 Green sebagai pemain profesional selepas turut menghabiskan kempen bersama Norwich, West Ham, QPR, Leeds dan Huddersfield.

“Ia 24 jam yang penuh kelam kabut,” kata Green dalam laman web Chelsea. “Kamu sedang berfikir mengenai karier kamu dan di mana kamu mahu pergi dan kemudian kamu mendapat panggilan telefon seperti ini, dan ia adalah perbincangan yang singkat.

“Ia sudah menjadi tempoh yang dramatik bagi saya dan saya tidak sabar untuk bermula. Saya benar-benar gembira dan cukup teruja serta satu kebanggaan untuk berada di sini.” – AFP

 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here