Griezmann adalah bos: Mbappe

0
275
Advertisement



BINTANG Perancis, Antoine Griezmann sudah membuktikan betapa dia adalah ‘bos’ sejak Euro 2016, kata rakan sepasukannya, Kylian Mbappe.

Anak buah Didier Deschamps yang muncul naib juara pada Kejohanan Eropah dua tahun lalu dilihat sebagai salah satu pasukan pilihan pada temasya Piala Dunia Russia kali ini.

Bintang Atletico Madrid itu juga muncul penjaring terbanyak Euro 2016 dengan enam gol.

Mbappe menjelaskan Griezmann sudah menunjukkan betapa dia mampu untuk mengemudi pasukan itu pada kejohanan besar.

“Saya rasakan dia sudah menjadi ‘bos’ sejak Kejohanan Eropah,” kata Mbappe.

“Apabila anda menamatkan Kejohanan Eropah di laman sendiri sebagai penjaring terbanyak, itu membuktikan kepada dunia bahawa anda boleh menangani tekanan.

“Memang dia sedikit bergelut selepas pertandingan itu namun dia menunjukkan betapa dia adalah pemain yang hebat dengan meledak gol demi gol.

“Dia akan menjadi watak penting buat kami jika kami mahu meraih keputusan positif.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here