Griezmann tidak kisah Ballon d'Or

0
384
Advertisement



ANTOINE Griezmann tidak meletakkan harapan tinggi untuk memenangi anugerah Ballon d’Or selepas menjaringkan empat gol buat Perancis dalam kempen Piala Dunia dan menduduki tempat kedua bagi senarai penjaring terbanyak.

Griezmann menyempurnakan sepakan penalti ketika menang 4-2 ke atas Croatia pada final Piala Dunia, Ahad lalu dan diumumkan sebagai Pemain Terbaik Perlawanan untuk kali ketiga sepanjang kejohanan itu.

Dia juga menyumbat dua gol untuk membantu Atletico Madrid mencatat kemenangan ke atas Marseille pada final Liga Europa Mei lalu sekali gus mencerahkan peluang untuk memperbaiki kedudukan tempat ketiga Ballon d’Or sejak 2016.

“Ballon d’Or ditentukan menerusi undian orang ramai, jadi kita cuma tunggu dan lihat apa keputusannya,” kata Griezmann kepada pemberita selepas perlawanan itu.

“Ketika ini, saya hanya mahu bergembira dan meluangkan masa bersama keluarga serta semua orang di Perancis. Saya mahu bercuti. Saya mahu bersedia untuk menghadapi Piala Super Eropah. Seperti yang saya katakan, Ballon d’Or ditentukan menerusi undian, bukan saya.”

Griezmann hampir menyertai Barcelona pada awal musim panas ini namun menolak tawaran perpindahan berjumlah €100 juta (RM471 juta) ke Camp Nou. Jadi dia menghadiahkan kejuaraan Piala Dunia itu kepada penyokong Atletico.

“Saya sangat gembira, saya bangga dengan pasukan, rakan sepasukan saya,” kata Griezmann. “Saya berterima kasih kepada semua pihak dan juga Atletico. 

Saya membuat keputusan untuk tidak menyertai Barcelona sebelum Piala Dunia. Saya sangat bangga dengan keputusan yang saya buat ini. Trofi ini untuk semua colchoneros. Ada banyak lagi kejayaan menanti kita selepas ini.”

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here