Griffiths sertai Lyon

0
109
Advertisement



PEMAIN remaja England, Reo Griffiths menyertai kelab Perancis, Lyon dari Tottenham dengan kontrak selama empat tahun, semalam.

Penyerang berusia 18 tahun itu meledak 27 gol dalam 20 perlawanan untuk Spurs bagi saingan Liga Perdana bawah 18 tahun musim lalu dan turut tersenarai dalam Liga Remaja EUFA.

“Bagi saya, kelab ini cukup besar. Saya gembira berada di sini,” kata Griffiths.

“Banyak yang saya tahu mengenai kelab ini, ramai pemain hebat pernah berada di sini, (Karim) Benzema dan (Alexandre) Lacazette.”

Griffiths adalah sebahagian daripada anggota skuad England yang tewas kepada Sepanyol menerusi penentuan penalti dalam aksi final Kejuaraan Eropah Bawah 17 Tahun, musim lalu.

Sementara itu, Jadon Sancho, yang diumumkan sebagai pemain terbaik kejohanan berkenaan berpindah dari Manchester City ke Borussia Dortmund pada musim panas lalu dengan nilai dianggarkan 8 juta euro (RM37.9 juta).

Keanen Bennetts, 19, juga meninggalkan Spurs dan memilih Borussia Moenchengladbach pada penghujung musim lalu.

Semua pemain ini adalah antara bakat muda England yang mula mencari tapak untuk tersenarai dalam kesebelasan utama kelab.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here