GST berkadar sifar bagi semua produk, perkhidmatan perbankan mulai 1 Jun

0
101
Advertisement

BANK-BANK komersial konvensional di Malaysia akan mengenakan kadar sifar peratus Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi semua produk dan perkhidmatan perbankan berkuat kuasa mulai 1 Jun, 2018.

Sebelum ini, semua produk dan perkhidmatan perbankan adalah tertakluk kepada GST berkadar enam peratus, menurut Persatuan Bank-bank Dalam Malaysia dalam kenyataan hari ini.

“Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk perbankan yang dibeli atau perkhidmatan perbankan yang diberikan pada atau selepas 1 Jun, 2018, orang ramai dinasihatkan menghubungi bank masing-masing untuk mendapatkan penjelasan,” menurut persatuan itu.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here