GST: Pengguna diminta pantau harga barang bermula 1 Jun

[ad_1]

KUALA LUMPUR: Semua pengguna digesa memantau harga barangan yang dibeli sebelum dan selepas tarikh 1 Jun nanti.

Kata Ketua Unit Teknikal Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dan Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia, Rozlan Mohamed Ali, ini kerana bermula 1 Jun nanti, sepatutnya akan berlaku penurunan harga selepas kadar GST ditukarkan dari 6 peratus ke kadar sifar.

“Bermula 1 Jun ini, semua barang akan dikenakan dengan kadar sifar.¬†Jadi akan berlaku penurunan harga pada tarikh berkenaan.

“Oleh itu, sangat penting semua pengguna untuk faham dan pantau harga yang dibeli sebelum dan selepas tarikh 1 Jun nanti. Pastikan harga yang dibeli nanti turun sebanyak enam peratus,” kata Rozlan dalam sesi temu bual bersama Astro AWANI hari ini.

BACA: Bermula 1 Jun, cukai GST dikurangkan pada kadar sifar

Sebelum ini, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengeluarkan arahan untuk memberhentikan kutipan GST bermula 1 Jun.

[ad_2]

Leave a Comment