Guan Eng beri jaminan SST tidak tingkatkan inflasi – MCCC

0
43
Advertisement

KUALA LUMPUR: Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dilaksanakan September ini tidak akan meningkatkan inflasi, itu jaminan Menteri Kewangan Lim Guan Eng ketika bertemu Dewan Perdagangan Malaysia China (MCCC).

Dalam pertemuan antara MCCC dan Guan Eng, Menteri Kewangan itu berkata SST merupakan sistem percukaian tunggal yang hanya berfokus kepada pengeluar produk dan perkhidmatan secara spesifik.

“Tahun lepas, kerajaan mengutip hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) [ada RM44 bilion, tetapi kos yang dilepaskan kepada pengguna membebankan mereka.

“Tahun ini, jika SST dilaksanakan sekalipun, kerajaan menjangkakan hanya separuh kutipan akan diperoleh kerajaan manakala separuh lagi bernilai RM22 bilion akan dikembalikan kepada pasaran dan rakyat,” kata MCCC dalam satu kenyataan media yang memetik penerangan oleh Guan Eng.

MCCC bertemu Guan Eng di pejabatnya pada Rabu bagi menyerahkan kertas cadangan berkait isu ekonomi, kewangan , percukaian dan taraf hidup masyarakat selain isu projek pelaburan asing, industri baharu dan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here