Guan Eng, biar menteri atau agensi lain bongkar penipuan – Anwar

0
107
Advertisement

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng disaran supaya bijak mengimbangi antara tanggungjawab untuk meyakinkan pelabur, dan kepentingan untuk membongkar segala penipuan dan penyelewengan.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mencadangkan agar tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan diserahkan kepada menteri atau agensi lain.

“Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan Menteri Kewangan ini statusnya lebih sensitif.

“Setiap kenyataan (oleh Menteri Kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur,” kata Anwar ketika rakaman temubual program ‘AI’ yang akan disiarkan 8.15 malam, Khamis ini.

Anwar yang juga bekas menteri kewangan ditanya mengenai laporan terbaharu oleh Moody’s Investors Service yang menyatakan bahawa fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi.

TERDAHULU DALAM EPISOD ‘AI’

AI: UiTM untuk semua kaum? Ini jawapan Anwar…

AI: ‘Kedaulatan Rakyat’ jangan sampai merendahkan kemuliaan Raja-Raja!

AI: Syawal harus menginsafkan sang perasuah

Senario itu dibimbangi terus menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing kepada pasaran modal Malaysia.

“Tetapi, dalam keadaan sekarang, menteri juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian, membongkar penipuan.

“Beliau boleh tugaskan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran,” jelas Anwar.

Tambahnya, langkah tersebut membolehkan Guan Eng lebih fokus terhadap usaha mententeramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here