`Guna Ramadan untuk tolak keganasan' – Trump

0
54


PRESIDEN Donald Trump. – Foto AFP

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menggesa umat Islam menggunakan bulan suci Ramadan untuk menolak keganasan dilancarkan militan Islam.

“Bagi pihak rakyat Amerika Syarikat, saya mahu mengucapkan selamat menyambut Ramadan kepada umat Islam.

“Sepanjang Ramadan ini, marilah kita sama-sama memastikan generasi masa depan bebas daripada kezaliman ini dan boleh beribadat dan bersuara dengan aman,” katanya.

Dalam mesejnya kepada 1.6 bilion umat Islam di dunia, Trump berkata, semangat Ramadan mengukuhkan kesedaran kewajipan bersama untuk menentang keganasan, mengejar kedamaian dan membantu mereka yang menderita kemiskinan atau konflik.

“Tahun ini, ia bermula ketika dunia bersedih dengan kematian mangsa tidak berdosa yang menjadi serangan pengganas kejam di United Kingdom dan Mesir, tindakan tidak bermoral yang bertentangan dengan kesucian Ramadan,” katanya.

Beliau berkata, tindakan itu cuma mengukuhkan tekad untuk menewaskan pengganas dan ideologi mereka.

Ketika mengadakan pertemuan dengan puluhan pemimpin negara Islam di Riyadh, dalam kunjungannya ke Arab Saudi, baru-baru ini, Trump berjanji untuk bergandingan dengan mereka bagi memerangi keganasan dan ideologinya. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here