Guna uri seludup untuk buat pil kesihatan

0
58



Beijing: Satu kegiatan menyeludup uri dari hospital dan menjualnya untuk dijadikan ubat dibongkar di China baru-baru ini.

Akhbar The Beijing News melaporkan semalam, seorang wartawannya mengekori seorang penyeludup dari Hospital Obstetrik Ginekologi Beijing pada 14 Mei lalu ke sebuah ‘kilang’ tempat placenta itu diproses dan dijadikan pil.

Menurut laporan akhbar itu, penyeludup berkenaan bernama Li memberitahu wartawan berkenaan, dia mendapatkan uri dari wad bersalin dengan membayar 500 yuan (RM311).

Li berkata, dia mudah mendapatkan uri itu kerana mempunyai rakan di wad berkenaan dan hanya perlu memberitahu hospital itu bahawa dia mengambil uri pesakit untuk kegunaan peribadi.

Wartawan berkenaan mengekori Li ke sebuah apartmen kecil keesokannya, tempat uri itu dibersihkan dan dimasak sebelum dikisar menjadi serbuk dan dijadikan pil.

Menurut Li, sebiji pil itu dijual dengan harga 10 yuan (RM623).

Video yang dimuat naik ke laman sosial mengenai kegiatan itu menarik perhatian pihak berkuasa, khususnya hospital terbabit yang berjanji untuk menyiasatnya.

Uri menjadi kegemaran wanita di China kerana ia dianggap mempunyai nilai kesihatan yang tinggi. – Agensi

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here