Gunners melekat di hati Wenger

0
30



PENGURUS Arsenal Arsene Wenger mengesahkan komitmennya apabila menandatangani kontrak baru dua tahun bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, hari ini.

Kontrak itu bagaimanapun tidak termasuk kontrak keluar dan jika ia lengkap sepenuhnya pengendali Perancis itu akan melebarkan tempohnya berada selama 23 tahun di London.

Arsenal mahu pun Wenger, 67, menyatakan perjanjian itu adalah kontrak terakhirnya.

The Gunners menamatkan saingan di tempat kelima EPL musim ini dan kali pertama berada di luar Top 4 sejak Wenger menyertai Gunners pada 1996.

Mereka menamatkan saingan ketinggalan 18 mata di belakang juara EPL, Chelsea tetapi menewaskan Blues 2-1 untuk menjulang Piala FA di Wembley, minggu lalu.

Wenger bertemu pemilik kelab Stan Kroenke, kelmarin untuk menentukan masa depannya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here