Gunung Agung: 'Harap dapat balik Kuala Lumpur esok!' – Pelancong Malaysia

0
13

Kuala Lumpur: Susulan amaran gunung berapi di Bali dinaikkan daripada peringkat kedua tertinggi kepada peringkat tertinggi hari ini, pelbagai reaksi membanjiri media sosial.

“Harap dapat balik Kuala Lumpur esok dari Bali,” kata seorang pelancong dari Malaysia, Haaziq Zahar di Twitter yang kini sedang bercuti di Bali. 

Dalam tweet yang sama, beliau menerima banyak mesej dari rakan-rakan yang risau tentang keadaan di Bali.

Beliau menjelaskan bahawa keadaan di Kuta dan Seminyak, Bali masih terkawal dan ada yang masih berada di pulau eksotik itu untuk bercuti.

Menerusi perkongsian beliau di Twitter, Haaziq tiba di Bali pada 25 November. Seorang lagi netizen bernama Nazleen Syahira meluahkan kerisauan oleh kerana penerbangan beliau dari Brisbane ke Kuala Lumpur  dalam transit di Lapangan Terbang Antarabangsa Ngurah Rai, Bali yang ditutup sementara waktu.

“Harapnya saya dapat balik Malaysia minggu ini. Semoga dipermudahkan semuanya,” katanya di laman Facebook hari ini.

Di Twitter khususnya, sebuah video dikongsikan Gerry Soejatman memaparkan aksi beberapa penumpang berang kerana penerbangan mereka terpaksa ditangguhkan.

Gerry menyifatkan penumpang-penumpang ini tidak memikirkan keselamatan nyawa masing-masing.

Selain itu, ini pula beberapa perkongsian pelancong-pelancong yang masih terkandas di lapangan terbang Bali sehingga ke saat ini.

Tidak hanya di penerbangan keluar dari Bali yang terjejas malah semua penerbangan yang dijadual menuju ke sana turut dibatalkan.

Ini pula satu perkongsian pengguna Twitter yang juga terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Selain itu, sebuah perkongsian info grafik dikongsi menerusi akaun Twitter Perhubungan Udara Indonesia.

Info grafik ini dikongsi bertujuan bagi memberi pemahaman kepada orang ramai tentang impak debu gunung berapi kepada sesebuah penerbangan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here