Gunung berapi Kadovar Papua New Guinea meletus lagi..

0
19
Advertisement

KADOVAR, Papua New Guinea: Gunung berapi Kadovar di Papua New Guinea sekali lagi meletus pada Ahad memuntahkan wap dan abu panas ke udara.

Sebelum ini ribuan penduduk dari pulau sekitar Kadovar telah dipindahkan sejak gunung berapi di sana mula meletus pada 5 Januari lepas.

Letusan gunung berapi juga memaksa banyak penerbangan keluar dan masuk dibatalkan.

Pakar mengeluarkan amaran bahawa berlaku aktiviti seismik di gunung berapi itu dan ini bermakna letusan yang besar mungkin akan berlaku.

Perdana Menteri Peter O’Neill sebelum ini berkata sumber negeri telah disediakan bagi membantu proses pemindahan.

Selain itu, beliau turut memberi amaran kepada penduduk di pantai utara supaya sentiasa berjaga-jaga dengan kemungkinan berlakunya tsunami.

Kejadian gempa bumi merupakan perkara biasa di Papua New Guinea kerana negara tersebut terletak di kawasan Lingkaran Api Pasifik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here