Gunung berapi Mayon aktif lagi

0
111
Advertisement

ALBAY: Gunung berapi Mayon di Filipina menunjukkan lagi tanda-tanda ada aktiviti berlaku dengan asap muncul dari kawah, awal pagi Isnin.

Gunung berapi ini mula aktif sejak 13 Januari lalu, berulang kali menghasilkan lava, abu dan batu lebur yang menyebabkan lebih dari 78,000 penduduk terpaksa berpindah ke kawasan yang lebih selamat.

Gunung berapi Mayon, yang terletak di wilayah timur laut Albay telah meletus sebanyak 50 kali sejak 500 tahun lalu.

Pada tahun 2013, lima pendaki maut terkena letusan abu ketika mendaki berhampiran puncak, walaupun telah diberi amaran.

Filipina mempunyai kira-kira 22 gunung berapi aktif.

Letupan gunung Pinatubo pada tahun 1991 merupakan salah satu letusan gunung berapi terbesar abad ke-20, membunuh ratusan warganya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here