Gunung berapi Mayon terus aktif, Duterte bertemu petugas bencana

0
95
Advertisement

ALBAY: Presiden Filipina Rodrigo Duterte melawat Provinsi Albay pada Isnin, di mana Gunung Berapi Mayon terus meletus, untuk bertemu dengan petugas agensi respons bencana dan pemimpin politik tempatan.

Duterte diberi taklimat mengenai letusan Gunung Mayon dan langkah yang diambil bagi memenuhi keperluan hampir 80,000 orang yang telah dipindahkan dari kediaman mereka.

Pihak berkuasa menimbulkan kebimbangan mengenai kekurangan kemudahan tandas dan bekalan makanan untuk mereka yang sedang berlindung di pusat pemindahan sementara itu.

Duterte mengumumkan pakej bantuan AS$500,000 kepada mangsa bencana yang terpaksa berpindah akibat aktiviti Gunung Mayon itu dan berjanji akan menambah AS$1 juta lagi.

Sementara itu, Ketua Pertahanan Filipina mencadangkan agar kawasan penempatan sekitar gunung berapi Mayon tidak lagi dihuni bagi memastikan tiada lagi kerja melibatkan proses pemindahan penduduk setiap kali berlakunya letusan gunung tersebut.

Gunung Mayon, gunung berapi paling aktif di negara Asia Tenggara ini telah memuntahkan lava dan abu sejak dua minggu yang lalu dan dijangka membuat letusan besar dalam beberapa hari.

Pada pagi Selasa, gunung berapi itu terus aktif dan memuntahkan lava dan api dari kawahnya.

Ia mula aktif sejak 13 Januari lalu dan telah berulang kali menghasilkan lava, abu dan batu lebur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here