Gunung Berapi Popocatepetl mula keluarkan asap, abu tebal

0
105
Advertisement

AMECAMECA: Gunung berapi ikonik di Mexico, Popocatepetl mula meletus memuntahkan asap dan abu ke udara.

Letusan mula berlaku sekitar waktu tengahari pada Rabu.

Menurut laporan yang dikeluarkan Pusat Pencegahan Bencana Mexico (CONAPRED), dalam tempoh 24 jam yang lalu gunung berapi tersebut telah aktif secara perlahan dan meletus sebanyak tiga kali.

Susulan itu pihak CONAPRED juga mengeluarkan amaran kuning yang bermaksud orang ramai perlu bersedia untuk berpindah keluar dari kediaman mereka.

Agensi itu juga memberi amaran bahawa jika hujan lebat bermula terdapat risiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

Popocatepetl merupakan gunung berapi kedua tertinggi di utara Amerika dan merupakan yang paling aktif di Mexico.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here