Gurauan jadi kenyataan

0
61



Pontian: “Saya tidak ambil kisah kata-katanya kerana menganggap ia hanyalah gurauan,” kata Rosnah Lebar, 61, ibu kepada Mohd Syamin Hashing, 16, yang hilang ketika menangkap ikan di Perairan Pontian, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 4 petang, Syamin dipercayai hilang apabila bot tunda dinaiki bersama tiga rakan lain terbalik akibat ribut dan angin kencang.

Syamin anak bongsu daripada lapan beradik bagaimanapun hilang manakala tiga rakannya menyelamatkan diri.

Rosnah berkata, sebelum kejadian, Syamin ada menghubunginya melalui telefon memaklumkan dia tidak akan pulang ke kampung di Kudat, Sabah untuk menyambut Aidilfitri.

“Bagaimanapun, dia memberitahu akan mengirimkan duit untuk persiapan Aidilfitri nanti. Saya tidak mempedulikan kata-katanya kerana menganggap ia hanya gurauan,” katanya ketika ditemui di lokasi pencarian berhampiran Pantai Pusat perdagangan Bandar Baru Pontian, di sini, semalam.

Menurutnya, dia segera mengambil penerbangan dari Sabah ke Johor sebaik mengetahui tragedi menimpa anaknya.

Sementara itu Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pontian Baru, Iqbal Raduan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari orang awam jam 4.20 petang kelmarin sebelum usaha mencari dan menyelamat mangsa dimulakan.

“Usaha mencari mangsa masih diteruskan sehingga kini,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here