GV4: "Enjoy tengok Daddy menari" – Aqasha dedah rutin berlatih depan anak

0
19

Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Aqasha mendedahkan dia lebih kerap dan selesa berlatih menyanyi dan menari di rumah terutama depan anak-anaknya Alehandra Ahmad, 6, dan Alaena Ayesha, 5, setiap minggu.

Kata Aqasha, anak perempuannya paling banyak mengkritik dan memberikan semangat termasuk menemaninya berlatih setiap kali menjelang hari konsert.

“Anak-anak saya enjoy tengok Daddy mereka di atas pentas. Merekalah paling teruja melihat saya beraksi setiap minggu.

“Malah, saya lebih banyak membiasakan diri menari di hadapan anak-anak saya di rumah dan bertanyakan pandangan mereka.

“Mungkin mereka pun ada sudut pandangan seni tersendiri,” katanya kepada Astro Gempak.

Aqasha memberitahu kebanyakan sesi latihannya dilakukan di rumah dan masih berkesempatan untuk meluangkan masa bersama keluarga walaupun sibuk dengan pelbagai rangka promosi lain GV4.

“Kebanyakan latihan nyanyian dan tarian saya di rumah. Jadi waktu bersama keluarga tidak terjejas pun.

“Cuma, mungkin waktu berkualiti itu sedikit kurang. Itu bukan alasan untuk saya membahagikan masa dengan baik untuk keluarga dan kerjaya saya,” kata Aqasha.

Aqasha bakal menyanyikan lagu Juwita (Datuk M. Nasir) sempena minggu kelima konsert GV4 bertemakan Kaum Kerabat.

GV 4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Saksikan juga Kapsul Gegar Vaganza yang bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10.55 malam.
 
Jika anda terlepas menonton konsert minggu pertama GV 4 atau ingin menonton secara ‘live streaming’, klik —> GegarVaganza.
 
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV 4 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gegarvaganza.com.my.

Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @theaqasha

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here