GV4: Markah penuh dan lapan bintang mara ke konsert suku akhir

0
18

KONSERT kelima GegarVaganza 4 (GV4) yang bertemakan ‘Kaum Kerabat’ menyaksikan lapan bintang berjaya ke minggu suku akhir, Ahad depan.
 
Minggu ini, Aishah telah menduduki tempat pertama dengan markah sebanyak 75 peratus.
 
Bagaimanapun nasib tidak menyebelahi Elyana apabila diumumkan sebagai bintang keempat yang tersingkir dengan jumlah markah sebanyak 59.4 peratus.
 
Lapan bintang lain yang berjaya memasuki peringkat seterusnya adalah Liza Hanim, Hazami, Syura, Aishah, Tia Jinbara, Lan Kristal, Aqasha dan Firman Siagian.
 
Kesemua bintang diadili oleh juri tetap Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang serta juri jemputan, Datuk M. Nasir
 
Bagaimanapun, pasti ramai yang ingin tahu kedudukan penuh konsert kelima GV4 yang berlangsung di Dewan Sri Putra Bukit Jalil, pada malam Ahad.
 
Di bawah merupakan markah yang berjaya diperoleh sembilan bintang mengikut susunan markah paling tinggi:
 
1. Aishah – 75%
 
2. Hazami – 74.4%
 
3. Firman – 74%
 
4. Liza Hanim – 72.8%
 
5. Lan – 69.8%
 
6. Syura – 69%
 
7. Aqasha – 68.4%
 
8. Tia Jinbara – 68.2

 
9. Elyana – 59.4%
 
Sementara itu, Elyana yang mempersembahkan lagu Sepi sekali lagi dipilih sebagai penerima Anugerah Gelora Vida Vaganza bagi kategori Lagu Paling Kau Ingat.
 
GV4 bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil,  setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
 
Teks oleh: Mya Amri
 

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here