Hadiah datang awal ke pejabat

0
15



Magelang (Indonesia): Datuk Bandar Magelang, Sigit Widyinindito menghadiahkan barangan elektrik kepada pegawai kerajaan yang datang paling awal ke pejabat pada hari pertama bekerja selepas bercuti panjang Aidilfitri.

Sigit memberitahu, hadiah itu sebagai penghargaan dan motivasi kepada kakitangan kerajaan supaya sentiasa berdisiplin.

Hadiah seperti penyaman udara, peti sejuk dan televisyen LED diberikan kepada tujuh kakitangan yang paling awal datang ke pejabat Isnin lalu, hari pertama bekerja selepas bercuti selama 10 hari.

Tradisi memberi hadiah itu sudah menjadi amalan Sigit sejak dia dipilih menjadi datuk bandar lima tahun lalu.

“Hadiah ini saya beli menggunakan wang sendiri bukannya dana daripada kerajaan.

“Pegawai kerajaan perlu datang awal ke pejabat bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai,” katanya.

Pegawai kerajaan, Bagus Samudra menerima hadiah utama iaitu peti sejuk kerana menjadi kakitangan yang paling awal datang ke pejabat.

Bagus berkata, dia masuk ke pejabat jam 5.20 pagi (waktu tempatan) untuk membuat surat cuti pegawai yang tidak dapat hadir bertugas pada hari itu.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here