Hadiah kayu untuk pukul suami mabuk, suka dera

0
74


NEW DELHI: Seorang menteri di India memberikan beratus-ratus kayu pemukul kepada pengantin wanita sambil menggesa mereka menggunakannya sebagai senjata jika suami mereka kaki mabuk atau suka mendera.

Gopal Bhargava memberi kayu pemukul itu, yang biasa digunakan untuk membersihkan kekotoran pada pakaian, kepada hampir 700 pengantin dalam satu majlis perkahwinan besar-besaran dianjurkan kerajaan di negeri Madhya Pradesh, tengah India, semalam.

Kayu berukuran hampir setengah meter panjang itu tertera mesej yang menyebut: “untuk memukul kaki mabuk” dan “polis tidak akan masuk campur”.

Bhargava memaklumkan pengantin wanita supaya berbincang dengan pasangan mereka terlebih dulu dan menambah mereka boleh menggunakan kayu itu jika suami degil.

Bhargava memaklumkan beliau mahu menarik perhatian terhadap nasib wanita di kawasan pedalaman yang berdepan penderaan rumah tangga oleh suami mabuk. – AFP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here