Hael tak sangka Jampi mengena

0
19

KUALA LUMPUR: Pendengar Raku.my seolah-olah dijampi dengan nyanyian Hael Husaini. Ini kerana lagu itu masih berada dalam playlist Carta 40 Era.

“Saya tak sangka lagu itu mampu menawan hati pendengar. Ia adalah luar daripada jangkaan saya.

“Saya cuma mahu memperkenalkan karier saya sebagai penyanyi solo. Namun, saya tetap bersyukur dan berterima kasih kerana ia membuka lebih ruang buat saya berkarya,” kata Hael selepas dihubungi Astro AWANI.

Carta 40 Era adalah antara playlist yang boleh didapati dalam applikasi Raku selain Top Top 50 dan Konsert Gegar Vaganza mingguan.

Selain itu, Dirgahayu gandingan nyanyian Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir turut mendapat tempat di hati peminat. Adakah ini mungkin kerana persembahan Liza Hanim dan Hafiz Shuib di Konsert Gegar Vaganza minggu lalu memberi kesan kepada pendengar?

Berikut senarai lima lagu paling top Carta Era 40;

  1. Side-to-side – Ariana Grande ft Nicki Minaj
  2. Dirgahayu – Siti Nurhaliza & Fizal Tahir
  3. Redha – Irfan Haris
  4. Lebih Sempurna – Syamel
  5. Jampi – Hael Husaini

Untuk menikmati lagu-lagu pilihan anda, layari Raku.my atau muat turun secara percuma aplikasi Raku di App Store atau Playstore.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here