Hafizh Syahrin kutip lima mata di Le Mans

0
395
Advertisement



PELUMBA  negara, Hafizh Syahrin berjaya mengutip tambahan lima mata hari ini dalam saingan Moto3 di GP Perancis selepas menduduki tempat ke-11.

Ini merupakan keputusan lebih baik buat Hafizh berbanding minggu lalu di Litar Jerez apabila dia sekadar menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-13.

Meskipun memulakan perlumbaan di tempat ke-22 di Litar Le Mans, ia tidak menyekat Hafizh untuk membarisi kelompok pertengahan sebaik perlumbaan dilepaskan.

Ketika memasuki pusingan terakhir, Hafizh bijak melepasi dua pelumba sebelum menamatkan perlumbaan di tempat ke-11 dengan catatan masa 42 minit 40.085 saat.

Petak pertama menjadi milik Franco Morbidelli daripada pasukan EG 0,0 Mar VDS sementara Francesco Bagnaia kedua dan Thomas Luthi ketiga.

Sementara itu, saingan MotoGP menyaksikan Maverick Vinales daripda pasukan Movistar Yamaha muncul pemenang dengan catatan masa 43 minit 29.793s.

Pelumba berusia 22 tahun itu bijak menangani asakan rakan sepasukan, Valentino Rossi — yang akhirnya terjatuh di pusingan akhir perlumbaan — sebelum melepasi garisan penamat di hadapan Johann Zarco dan Dani Pedrosa.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here