Hajat berkahwin tak sampai, ahli band Kerispatih meninggal dunia ketika tidur

0
77
Advertisement

PEMAIN bass band popular Indonesia, Kerispatih, Andika Putra Sahadewa dilaporkan meninggal dunia ketika sedang tidur di kediamannya semalam (Selasa).

Andika, 36, sebelum ini dikejarkan ke hospital kerana mengalami strok ringan namun dibenarkan pulang pada Isnin lalu.

Malah, Andika dilaporkan menderita penyakit diabetes sejak sekian lama.

Tidak sampai 24 jam setelah tiba di kediamannya, Andika meninggal dunia sekitar 9.30 pagi di bilik tidurnya.

Menurut kekasihnya, Nicky Santoso, pasangan itu merencanakan untuk berkahwin pada tahun ini namun hajat itu tidak kesampaian.

“Hubungan kami sudah memasuki usia 3 tahun dan kami merancang untuk berkahwin pada pertengahan tahun ini,” kata Nicky kepada CNN Indonesia.

Khabar mendukacitakan itu menyentuh hati bekas anggota kumpulan Kerispatih, Badai dan Sammy Simorangkir serta anggota terkini band itu.

Kerispatih adalah kumpulan muzik Indonesia yang ditubuhkan pada tahun 2003. Ahli-ahlinya seramai 5 orang iaitu Badai, Anton, Fandy (menggantikan Sammy), Arief, dan Andika.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here