Hakim tolak saman terhadap Clinton

0
47


HILLARY Clinton. – Foto AP

WASHINGTON: Hakim persekutuan menolak saman terhadap bekas calon presiden Amerika Syarikat, Hillary Clinton, yang difailkan ibu bapa dua rakyat negara itu yang terbunuh dalam serangan di Benghazi, Libya pada September 2012.

Hakim Amy Berman Jackson di Washington berkata, bekas Setiausaha Negara AS itu tidak memfitnah mereka apabila menolak dakwaan beliau menipu.

Saman juga mendakwa Sean Smith dan Tyrone Woods terbunuh kerana Clinton menggunakan pelayan emel peribadi yang mendedahkan maklumat sensitif kepada pengganas.

Patricia Smith ialah salah seorang plaintif yang menyampaikan ucapan penuh emosi pada Konvensyen Kebangsaan Republikan pada 2016 terhadap Clinton.

Anaknya dan Woods terbunuh dalam serangan itu bersama-sama ejen Agensi Perisikan Pusat (CIA), Glen Doherty dan Duta AS, Christopher Stevens. – AP

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here