Halep juara Terbuka Perancis

0
157
Advertisement



SIMONA Halep bangkit daripada ketinggalan satu set untuk akhirnya meraih gelaran Grand Slam pertama selepas menewaskan Sloane Stephens 3-6, 6-4, 6-1 dalam final sengit Terbuka Perancis, hari ini.

Pemain tenis nombor satu dunia itu tewas semua tiga saingan final major termasuk dua di Roland Garros, namun bangkit untuk menang selepas bertarung dua jam tiga minit.

“Pada perlawanan terakhir saya rasa seperti tidak lagi boleh bernafas,” kata Halep.

Ia adalah cara paling sempurna buat pemain Romania itu memadam keperitan dialaminya selepas tewas pada final di tangan Jelena Ostapenko, 12 bulan lalu apabila dia memadam kelebihan awal dan tewas 3-0.

Juara Terbuka Amerika Syarikat, Stephens tampak akan meraih trofi Grand Slam keduanya apabila mendahului 6-3, 2-0, namun pilihan ke-10 Amerika Syarikat itu gagal beraksi baik dalam cuaca membahang ketika Halep mula bangkit.

Pemain berusia 26 tahun itu bermain baik dalam set penentuan dengan hanya melakukan lima kesilapan.

Halep meraikan kejayaannya dengan cara sering dilihat di Wimbledon, memanjat ke tempat penonton dan meraikannya bersama rakan dan keluarga.

“Saya cuba untuk tidak melakukan perkara sama seperti tahun lalu. Ia adalah impian dan ia amat istimewa untuk melakukannya di sini, di Paris,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here