Halimah Yacob sah bertanding pilihan raya Presiden Singapura

0
15

SINGAPURA: Speaker Parlimen Singapura Halimah Yacob hari ini mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya Presiden akan datang, yang dikhaskan untuk calon Melayu, Channel NewsAsia melaporkan.

“Saya sedar bahawa kedudukan presiden yang dipilih mempunyai kapasiti besar untuk berbuat baik untuk semua rakyat Singapura dan Singapura,” beliau dilaporkan berkata pada majlis makan malam Hari Kebangsaan yang diadakan di Marsiling Mega Sports Park di sini.

“Oleh itu, saya ingin memaklumkan kepada anda bahawa saya akan bertanding dalam pilihan raya Presiden,” kata Anggota Parlimen Kawasan Pilihan Raya Kumpulan Perwakilan (GRC) Marsiling-Yew Tee itu.

Halimah, 62, juga berkata beliau akan meletakan jawatan sebagai Speaker Parlimen dan anggota Parlimen GRC Marsiling-Yew Tee pada Isnin.

Pilihan Raya Presiden Singapura akan diadakan pada September.

Setakat ini, terdapat dua calon lain yang tampil iaitu Ketua Pegawai Eksekutif Second Chance Properties Mohamed Salleh Marican, danpengerusi Bourbon Offshore Asia Farid Khan Kaim Khan.

Permohonan bagi sijil Pilihan Raya Presiden 2017 dibuka pada 1 Jun dan ditutup lima hari selepas writ pilihan raya dikeluarkan bulan ini.

Penyandang Presiden akan melengkapkan tempoh perkhidmatannya pada 31 Ogos.

— BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here